Wednesday, October 29, 2008

ops!! nak sambung sikit...


kenangan hari kreativiti PASTI DARUL ULUM... sekali sekala buat
macam nie best jugak... budak2 bila bagi water colour... tau2 je lah apa
berlaku pastu. Erm... seronok tengok budak2 buat keja. ops..!!!
ending nya, kertas tu habis basah... yang nampak hanya colour jak..
tu pun dah campur2, x tau colour ape sebenarnya...;0).

kenangan PASTI DARUL ULUM 2008

time dah nak balik. sempat lagi pose ngan budak2...
yang nie, ajar budak2
buat layang2...
sebenarnya, cikgu dia pun
baru gak belajar buat...
what ever lah kan, janji siap...


Wednesday, October 22, 2008

Majlis Konvokasyen PASTI Bahagian Sandakan

Tahun pengajian sudah berada di penghujung. Peperiksaan Akhir Tahun yang menggunakan soalan peringkat kebangsaan telah siap dijalankan. Markah dan keputusan keseluruhan telah siap disediakan oleh para guru. sehubungan dengan itu, majlis penganugerahan ijazah pengajian dan hadiah pelajar cemerlang akan diadakan seperti berikut:

Masa : 8.00 pagi

Tarikh : 2 November 2008

Tempat : Hotel Sabah, Sandakan

Pakaian : Pakaian PASTI

Kepada ibubapa dan para penjaga kanak-kanak berumur 6 tahun serta pelajar yang mendapat tempat pertama hingga ketiga, dijemput ke sana. Harapan kami ,ibubapa dapat datang awal supaya dapat memudahkan pengurusan pihak PASTI Bahagian Sandakan.

Pihak PASTI juga akan mengistiharkan dan menganugerahkan anugerah Ibubapa Prihatin bagi setiap PASTI.Anugerah yang bertujuan mengiktiraf sumbangan ibubapa tertentu di dalam membantu memajukan institusi PASTI sebagai Pra sekolah yang berteraskan Islam.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan gambar konvokasyen anak-anak mereka, sila berdaftar dan membuat bayaran kepada guru-guru PASTI.

Tahniah kepada pelajar dan ibubapa yang cemerlang. Semoga anda terus berusaha,dengan harapan tunas-tunas Islam ini akan terus subur dan mendaulatkan Islam sebagai "The Way of life". Selamat berkonvokasyen.

Saturday, October 4, 2008

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN PASTI

Peperiksaan akhir Tahun PASTI seluruh Malaysia akan berlangsung serentak pada 6 Oktober di PASTI masing-masing. Atas tujuan itu para guru dan ibubapa diminta memastikan anak-anak masing-masing menyemak dan menampung kekurangan yang ada pada pelajar dan anak-anak mereka bagi mencapai keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan akhir tahun ini.