Friday, January 23, 2009

Tahniah dan Selamat Menyambung Pelajar Ukhti Kastia

Pihak pengurusan PASTI Darul Ulum mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada ukhti Kastia kerana dapat menyambung pelajaran ke Institut Perguruan,Kota Kinabalu.
Walaupun kami kehilangan tenaga pengerak PASTI, kami tetap berbangga kerana ukhti Kastia bakal menjadi guru yang bertauliah pada tahun hadapan. Apa lagi ukhti Kastia bakal menjadi kaungselor yang bertauliah.

Aktivis pelajar Sandakan

Ukti Kastia lepasan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah dengan ringan hati berkhidmat di PASTI Darul Ulum hampir setahun. Sepanjang khidmat beliau disini, beliau telah member komitmen yang cukup baik kepada PASTI Darul Ulum. Ketabahan dan kesabaran beliau melayan kereneh kanak-kanak PASTI telah banyak membantu dan meringgankan bebanan kerja yang selama ini banyak dipikul oleh Ustazah Maridah.
Kami berterima kasih kepada ukhti Kastia kerana masih dapat menyumbang tenaga dan khidmatnya di PASTI Darul Ulum pada tahun ini sekalipun beliau sedang bersiap untuk menyambung pelajaran di Institut Perguruan. Beliau masih berkesempatan membersih dan mempersiapkan PASTI untuk menerima pelajar baru disamping turut terlibat dalam sesi pendaftaran pelajar baru.

Rangkaian Guru PASTI Darul Ulum 2008

Semoga Ukhti Kastia dapat menjalani pengajiannya dengan baik dan rahmat Allah. Kami hanya mengharapkan Allah sahaja yang dapat membalas jasa bakti terhadap perkembangan dakwah Islam. Harapan kami juga semoga ukhti terus istiqamah dalam meneruskan liku-liku kerja dakwah. Selamat berjuang dan menjadi sri kandi ummah

Sunday, January 4, 2009

Amalan Untuk Bayi

Pasti berdebar rasanya menunggu kelahiran bayi terutama bayi pertama. Adakah benar jantinanya seperti yang discan oleh doktor ataupun tidak.Itu hanya debaran dan harapan. Namun demikian amanah Allah terhadap anak itu yang perlu kita selesaikan. Itu yang penting.
Berikut adalah amalan-amalan sunat yang bakal kita lakukan sebagai tanda kesyukuran kita menyambut kelahiran bayi ini:
1. Azan dan iqamat
-Anak lelaki di azan pada telinga kanan dan iqamat pada telinga kiri.
-Anak perempuan di iqamat hanya pada telinga kiri.
Sabda Rasulullah diriwayat oleh Baihaqi dan Ibnu Sunni dari Hasan bin Ali: “Sesiapa yang melahirkan anak maka hendaklah ia melakukan azan di telinga anaknya yang kanan serta iqamat pada telinga kiri, nescaya anak tidak dicabuli oleh Ummu Sibyan (jin perempuan yang mengganggu kanak-kanak)”
2. Membaca ayat Qulhuwallah (surah al-Ikhlas) dan ayat 36 surah al-Imran.
-Rahsia dan kelebihannya adalah agar anak dihindari daripada gangguan dan tipu daya syaitan, menandakan kehebatan alam semesta ciptaan Allah, mengajar syariat Islam (melalui kalimah syahadah) dan menanamkan kalimah mulia dalam hati.
3. Memberi nama yang baik
-Nama yang baik adalah nama-nama yang ada hubung kait dengan Islam atau pengertian yang indah.
Tegas Rasulullah diriwayat oleh Muslim: “Nama-nama kamu yang kamu paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman”
4. Tahnik (Belah Mulut)
-Menggunakan buah tamar yang dimamah lumat dan disuapkan sedikit kepada bayi dan gerakan ke kanan dan ke kiri.
-Ini bertujuan untuk mendidik bayi agar mudah menyusu dan menjana sifat taqwa, kesejahteraan dan kefasihan lidah.

5. Cukur rambut
-Sunat mencukur rambut bayi ketika bayi berusia 7 hari.
-Berat rambut ditimbang sama dengan nilai emas atau perak dan disedekah dengan nilainya kepada fakir miskin.
-Bercukur boleh melebatkan rambut, menguatkan kulit kepala, menyuburkan pancaindera (mata, penglihatan, pendengaran dan deria bau).
-Adalah dilarang membuat jambul.
Rasululah s.a.w menegaskan dari Abdilah bin Omar r.a berkata (hadis riwayat al-Sahihain): “Rasululah s.a.w telah melarang meninggalkan rambut bertompok-tompok”

6. Aqiqah
-Sunat melakukan aqiqah ketika bayi berusia 7 hari.
Dari Samrah bin Jundub r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda (hadis riwayat Abu Daud): “Tiap-tiap bayi itu tergadai dengan aqiqahnya. Disembelih kambing atau biri di hari yang ketujuh dan dicukurkan rambut serta diberi nama ke atasnya”

-Anak lelaki disunatkan sembelih dua ekor kambing atau biri-biri dan satu ekor bagi anak perempuan (kambing atau biri sampai umur seperti untuk korban).
Dari Habibah binti Maisarah (hadis riwayat Abu Daud):”Ia pernah mendengar Rasululah s.a.w berkata untuk lelaki dua ekor kambing yang sama besar dan untuk perempuan seekor kambing”

-Daging aqiqah digalakkan di masak gulai manis dan tulangnya tidak dipatahkan.
Sabda Rasululah (hadis riwayat al-Baihaqi): “Dari Aisyah r.a yang sunat dua ekor kambing yang sekupu (sama besar) untuk bayi lelaki dan bayi perempuan seekor dimasakkan secara berangkai-rangkai dan jangan dipatah-patahkan”

Fenda bekas pelajar PASTI?

Pagi tadi ketika saya sedang menonton rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) ketika Fenda sedang berinteraksi dengan Fedtri, Fenda ada bertanya dengan Fedtri tentang waktu persekolahannya bermula dari pra sekolah.

Fedtri kata beliau tidak bersekolah tadika.Yang menariknya, Fenda memberitahu bahawa beliau bersekolah di Sekolah Tadika PASTI Al-Islah!!!

Saya cuba untuk mendapatkan negeri kelahiran Fenda dan saya dimaklumkan bahawa beliau lahir dan membesar di Johor. Saya cuba mencari maklumat tentang PASTI Al-Islah di Johor dan mendapat tahu bahawa PASTI Al-Islah telah ditubuhkan pada tahun 1988 di Daerah Johor Bahru dan merupakan PASTI yang pertama ditubuhkan di Johor.

Bagi saya, ini adalah berita yang menggembirakan kerana PASTI telah berjaya melahirkan seorang 'figure' yang bersih imejnya dalam masyarakat. Setidak-tidaknya Fenda berjaya membuktikan kepada masyarakat bahawa PASTI adalah tempat untuk melahirkan manusia yang berguna dan cemerlang dalam kehidupan mereka.

SYABAS NORAFENDA IBRAHIM! Teruskan kecemerlangan dalam bidang penyiaran bersama TV3. Warga PASTI di seluruh negeri Johor mengucapkan selamat maju jaya."