Saturday, April 25, 2009

ujian itu tarbiah....

"Tidak ada seorg muslim yg d timpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan di hapuskan Allah taala dosa-dosanya,seperti pohon kayu menggugurkn daunnya. (Muslim)

sesungguhnya jika Allah S.W.T mencintai hambaNya maka Dia akn tenggelamkn hambanya itu dalam dugaan dan ujian..barangsiapa yg tidak pernah mengalami musibah maka ia jauh drpd kasih sayang dan rahmatnya..mana tahu yg diam itu krn zikir kpd Allah,mana tahu yg senyum itu krn sedeqah,mana tahu yg sedih itu krn mengenangkan dosa dan mana tahu yg ceria itu krn bersih hati dan mindanya. Pahit manis dlm memikul tanggungjawab dan amanah Allah ini terkadang memberi jalan untuk mendapat kemanisan yg tiada terhingga..walaupun yg dtg..air mata sering bertandang..."


bersyukurlah bila kita diuji.."perjuangan itu pahit kerana syurga itu manis..."

Thursday, April 9, 2009

Program Bubur Asyura di PASTI Kinabatangan Meriah

Ahad-5 APRIL- Program yang seringkali dirancang tetapi kerap menemui kegagalan untuk dilaksanakan kerana kekangan para peserta. Program bubur Asyura sememangnya menuntut komitmen yang tinggi daripada para pengayuhnya.

Menyediakan kayu pengayuh

penyediaan santan

Ramasan santan berstrategi, katanya... apalah rahsianya


Setelah sekian lama, Kinabatangan sunyi daripada hidangan Bubur Asyura, kini kembali bergema dengan suara senda gurau dan usikan yang melahirkan perasaan muhibbah dikalangan para warga Kinabatangan.


Persiapan menyediakan Bubur Asyura bermula pada malam tadi dengan program Ikan bakar bagi membakar semangat para ahli usrah untuk turun berkhidmat pada pagi ini.


Bermula jan 6.30 pagi, YM Raja Hashim (pengarah program) dan warga Kinabatangan mula turun untuk memanaskan kawah-kawah untuk Bubur Asyura. Manakala di pihak yang lain Ust Muhammad memimpin kumpulan yang menyediakan sarapan pagi.

Sumadak sunti Kinabatangan menyediakan bahan-bahan untuk makan tengahari


Walaupun berhadapan dengan masalah ketiadaan air, para petugas tidak tetap bersemangat mengangkut air dari rumah berdekatan. Selaku jiran rapat PASTI Ust Amran Omar menjadi tulang belakang penyedia bahan keperluan program.

Para petugas mengacau mengikut jadual bagi memastikan bubur asyura siap dengan baik. Pada mulanya bubur asyura Kelantan melimpah keluar kerana lebih beras. Kawah kecil terpaksa digunakan bagi menangung limpahan beras itu. Ini bermakna 3 kawah asyura telah dikayuh.


Istimewanya kali ini, PASTI menerima tetamu dari Kula Lumpur iaitu Timbalan Pengarah PASTI Malaysia . Beliau sempat beramah mesra bersama peserta sebelum dibawa melawat bakal PASTI.


Bubur asyura Kedah pimpinan Ust Ahmad Fuad siap lebih awal. Maka para jemaah berpeluang mengalas perut dengan bubur Asyura Kedah disamping hidangan tengahari dengan nasi ikan masin.

Sebelum jam 3 semua bubur siap dimasak. Bubur dibahagi-bahagi kepada para peserta dan jiran-jiran sekitar PASTI.

kena banyak senyum baru manis shura kelate....
Kayuhan Bubur Kedah oleh Otai Kedah
Berat dan berasap... antara ujian disaat-saat akhir

Wednesday, April 8, 2009

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN

Setiap umat islam yang mengaku beriman kepada Allah s.w.t digalakkan untuk mempelajari al-quran, kerana dengan membaca dan menghayati al-quran seseorang itu dapat mengenali penciptanya dan mengetahui hukum hakam dalam agamanya. Sesungguhnya mempelajari al-quran sangatlah digalakkan di dalam islam dan membacanya mendapat ganjaran yang besar dari Allah s.w.t.


Diriwayatkan daripada hadis Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Orang yang pandai membaca Al-Quran itu akan bersama para Rasul yang mulia. Adapun orang yang lemah dan terlekat-lekat ketika membaca Al-Quran dan dia memang berkeinginan untuk membaca Al-Quran, maka dia berhak mendapat dua pahala.”
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1329

Selain itu, al-quran juga dikatakan sebagai pengubat dan penawar hati, Allah s.w.t. berfirman : Ertinya : “Dan Kami turunkan dari Al-Qur’an itu sesuatu yang menjadi ubat (penawar hati) bagi orang-orang yang beriman”. (Q.S. Al-Isra’, ayat 82)


Suatu hari, seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud dan menceritakan bahawa ia sedang dilanda risau, runsing, hatinya gelisah dan tidak tenteram. Ibnu Masiud menyarankan kepada orang itu agar mendatangi tiga tempat untuk menemukan ubatnya.

Pertama, tempat orang membaca Al-Qur’an dengan memperhatikan dan mendengar-kan baik-baik atau ia membaca sendiri Al-Qur’an itu dengan baik dan tartil.

Kedua, agar mendatangi majlis ta’lim atau tempat-tempat orang yang sedang menuntut ilmu, mendengarkan syarahan, bermesyuarat dan lain-lain.

Ketiga, agar datang ke tempat-tempat yang sunyi. Di sana ia dapat menyendiri dengan beribadah & dapat merasakan manisnya mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Nasihat itu diikutinya.

Serta-merta ia berwuduk dengan baik lalu mengambil Al-Qur’an dan dibacanya dengan khusyuk dan tawaduk. Tiada berapa lama kemudian, hatinya yang runsing dan gelisah itu telah berubah menjadi tenang dan tenteram. Hilang segala rasa gundah dan gelisah.

Maka benarlah bahawa ubat hati itu ada lima perkara iaitu membaca Al-Qur’an dengan kefahaman, mendekati orang soleh, bangun malam untuk beribadah, mengurangkan makan dan menghadiri majlis ilmu.

Jadikan al-quran penghibur jiwa kita.......





kata-kata hikmah..

JANGANLAH KAMU BERKAWAN MELAINKAN DUA ORANG DARIPADA TIGA ORANG; IAITU ORANG YANG ENGKAU PELAJARI DARIPADANYA SESUATU TENTANG URUSAN AGAMAMU, MAKA ORANG ITUPUN MEMANFAATKAN ILMUNYA KEPADAMU. KEDUA IALAH ORANG YANG ENGKAU SENDIRI MEMANFAATKAN ILMU AGAMAMU KEPADANYA, LALU ILMU ITU DITERIMA DARIPADAMU DAN DIAMALKANNYA. KETIGA, ORANG YANG ENGKAU TIDAK MEMPELAJARI APA-APA ILMU AGAMA PUN DARIPADANYA DAN ENGKAU SENDIRI TIDAK MENGAJARKAN PADANYA, MAKA LEBIH ELOK, LARILAH KAMU DARIPADANYA. (kata-kata ulama')

Tuesday, April 7, 2009

ikhlas..



BENARKAH IKHLAS..??
Ikhlas merupakan asset utama dalam ibadah dan amalan seharian umat islam. Namun, bagaimana pula kita hendak mencapai tahap keikhlasan yang sebenar-benarnya..??
Kadang-kadang penulis berfikir, benarkah ibadah yang dilakukan selama ini benar-benar ikhlas, atau sekadar menunjuk-nunjuk di hadapan manusia?? Sebagai manusia yang serba kekurangan, penulis juga seringkali terleka dengan pujian orang lain dan mula rasa riak dalam melakukan ibadah..
Bagi penulis, niat merupakan asas kepada terbentuknya keikhlasan itu. Dengan niat yang utuh, insya Allah, Allah S.W.T akan memudahkan jalan kita menuju kepada keikhlasan pada Nya…
Tanda-tanda ikhlas dapat disimpulkan seperti berikut:
1. Menuduh diri berasa kurang sempurna dalam melaksanakan kewajiban kepada Allah.
2. Merasa keikhlasan dalam diri itu tiada dan selalu mempertanya keikhlasan diri sendiri.
3. Tidak terpengaruh dengan ujian atau celaan, tetapi tetap istiqamah.
4. Tidak berubah walaupun manusia berubah dalam hal ketaatan atau kemaksiatan.
5. Niat menjadi pusat pemerhatian dalam kehidupan.
6. Berusaha merahsiakan amal kebaikan kecuali ketika memberi teladan kepada orang lain.

Renungan buat kita

Suatu hari Rasulullah S.A.W telah bermimpi..

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan...


1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7
. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri didalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUS-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Marilah kita bersama-sama merenungi diri dan amalan kita. Semoga kita sentiasa tergolong dalam golongan mereka yang sentiasa berlumba-lumba mencari kebaikan untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Monday, April 6, 2009

Penolong Pengarah PASTI Malaysia Ke Kinabatangan

Buat pertama kalinya, Kinabatangan menerima kunjungan dan lawatan muhibbah penolong Pengarah PASTI Malaysia ustaz Abdul Kadir Dewa bersama Ahli lembaga PASTI En Syed Mohd Zain. Lawatan yang dipimpin oleh Pengerusi PASTI Zon Sandakan Saudara Izhar Hamka dan Ust Fadli.

Rombongan Penolong Pengarah tiba di Kinabatangan seawal 9.00 pagi. Beliau dibawa melawat PASTI Darul Ulum yang sedang menganjurkan program Mengacau bubur Asyura yang melibatkan warga Kinabatangan. Beliau sempat beramah mesra bersama warga Kinabatangan sebelum dibawa ke rumah Setiausaha PASTI Kinabatangan, Ust Zaidi Mustapha.

bergambar dihadapan PASTI Darul Ulum, Kinabatangan

Ust Abdul Kadir dibawa melawat tapak PASTI ke 2 Kinabatangan yang bakal dibangunkan dan dimulai sesi pengajian pada semester ke 2 sesi pengajian Jun ini. Beliau mengambil kesempatan berbincang dan menjelaskan kepada pihak pengurusan Sentosa Jaya, konsep dan keperluan PASTI kepada perkembangan Dakwah.Beliau turut menyampaikan sumbangan peribadinya bagi kelengkapan PASTI dan juga gerak kerja Islam di Kampung Sentosa Jaya

Bersama Keluarga yang mengharapkan Islam di daulatkan di Daerah ini
PASTI Darul Hikmah, itulah harapan penubuhannya: Masih belum siap sepenuhnyaUsahawan Batu 4 Sukau, En Anis, bersedia menyerahkan bangunannya untuk PASTI ke 3 Kinabatangan

menziarahi Tokoh Masyarakat Sukau, Tuan Hj Noh Karong
Panjang dan dalam, aliran sungai Kinabatangan: Suatu gambaran tuntutan kekkuatan untuk mengharungi usaha menegakkan dakwah di Kinabatangan
Gambar kenanga di jeti Sungai Kinabatangan, Kg Sukau

Masjid Masyarakat Bugis di Kg Gomantong Jaya, Sukau

SK Sukau; Bukti jejak Timbalan Pengarah PASTI Malaysia ke Kg dan DUN Sukau

Dari kampung Sukau, kami terpaksa memecut laju menuju ke Kinabatangan yang jaraknya 56 kilometer untuk menunaikan solat maghrib di PASTI Darul Ulum. Ini kerana masa penerbangan Ustaz Abdul kadir dan rombongan sudah hampir.

Lawatan dan ziarah Ust Abdul Kadir dan rombongan telah berjaya menghasilkan beberapa perkara penting yang boleh digunakan untuk membina kekuatan PASTI dan jemaah.Pihak kami akan menambahbaikan rintihan jalan yang telah dilakukan oleh Ust Abdul Kadir dan rombongan.Semoga lawatan ini akan mengukuhkankan ukhwah dan perhatian PASTI Malaysia terhadap Islam dan dakwah di Kinabatangan.

Sudi-sudilah lagi bertandang ke Kinabatangan. Pintu Hotel 5 Bulan kami tidak pernah berkunci untuk tetamu apatah lagi pimpinan jemaah.Kami menghargai segala pengorbanan pihak pimpinan. Terima kasih.

Saturday, April 4, 2009

PASTI Kinabatangan Anjur Program Kacau Bubur Asyura

Birapun bulan Muharam sudah berakhir, namun semangat dan kesungguhan warga PASTI Kinabatangan untuk menjayakan program Mengacau Bubur Asyura bakal terlaksana.

Cuti hujung minggu sehari bakal digunakan sebagai hari mengukuhkan tautan ukhwah warga Kinabatangan melalui program yang diharapkan dapat mengembeling semangat kerjasama dan memupuk amalan bersedekah dikalangan warga Kinabatangan.

Berbekal 2 kawah yang baru dibeli melalui sumbangan ahli usrah bakal menghidangkan bubur Asyura 2 negeri iaitu Bubur Asyura versi kelantan dan Versi Kedah. Ust Muhammad dan Ust Fuad mewakili negeri masing-masing sebagai jurumudi bubur Asyura.

Menurut pengarah program YM Raja Hasyim Raja Abdullah, program bubur asyura yang telah sekian lama dilupakan oleh warga perantau Kinabatangan ini bakal mengcungkil kembali nilai dan khazanah berharga generasi terdahulu. Beliau mengharapkan usaha sebegini dapat menautkankan hubungan generasi baru dan lama yang dipisahkan oleh laut Cina Selatan. Dengan adanya program sebegini, warga perantau khususnya akan berhubung dan belajar dengan ibubapa di kampung halaman untuk mengorek ilmu dan rahsia masakan mereka. Disamping itu, perkongsian budaya antara Malaysia Timur dan barat dapat direalisasikan.

Program ini sedikit sebanyak dapat memasyarakatkan dan mempromosikan PASTI sebagai medan pembinaan generasi Rabbani yang sentiasa prihatin dengan keperluan sosial masyarakat.

Majlis ini juga, dijangkan akan dihadiri oleh Ahli Lembaga PASTI Pusat dan Warga Sandakan. Kami mengucapkan selamat datang kepada semua.