Sunday, May 31, 2009

Hari Guru PASTI Kinabatangan

Gambar sekitar hari Guru dan penyampian hadiah kecemerlangan pelajar semester pertama.

Menyantap sedikit jamuan yang disediakan oleh guru PASTI
Ust Zaidi mewakili pengurusan PASTI menyampaikan saguhati kepada guru PASTI
Ust Naim menyampaikan hadiah kepada pelajar cemerlang
Pelajar PASTI sedang membuat persembahan
antara ibubapa yang hadirAlign Center

Monday, May 25, 2009

Ceramah dan Pemeriksaan Gigi

Syukur dan terima kasih di atas keprihatinan pihak Pergigian Hospital Kinabatangan di atas kesudian hadir dan memberi khidmat kepada kanak-kanak PASTI Darul Ulum pada pagi tadi.

Seramai 4 orang petugas klinik pergigian menyampaikan ceramah penjagaan gigi dan cara mengosok gigi yang betul kepada pelajar PASTI. Pelajar PASTI memberi sambutan yang hebat kepada program yang julung-julung kali diadakan ini. Pelajar pada awalnya agak terkema dan terkedu dengan kedatangan pihak pergigian ini. Maklumlah jarang mereka jumpa.

Taklimat kepentingan dan cara mengosok gigi Adoi dik, ketua kelas.... tingginya duduk
Beri perhatian, respon yang cukup baik. Nanti, Insyallah... kami gosok gigi
Alamakkkkkkkk.... besarnya gigi
Amali gosok gigi
Kenapa dik? ubat gigi terkena mata ke?
Gosok... gosok....

Pihak PASTI Kinabatangan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak pergigian di atas keperihatinan dan rasa tanggungjawab sesama insan. Kita mengharapkan anak-anak ini bakal menjadi insan yangh berguna dan akan mengenang jasa yang kalian curahkan tanpa perasaan pilih kasih dan penuh profesional. Selamat bertugas para petugas rakyat

Wednesday, May 20, 2009

dedikasikan buat Guru PASTI dan Penggerak PASTI..

Ingin saya dedikasikan buat tenaga pengajar PASTI dan seluruh tenaga yang menggerakkan PASTI...

Antara calon-calon yang dijanjikan syurga..


Sanggup berkorban harta dan jiwa di jalan Allah s.w.t


Benarlah firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang beriman itu harta mereka dan jiwa mereka kerana bagi mereka (balasan) syurga..”


Orang-orang beriman yang telah menjual dirinya kepada Allah s.w.t tidak akan pernah mengeluh dan selalu siap untuk memberikan masa, tenaga, harta dan jiwanya pada jalan Allah s.w.t


Buktinya, dia akan selalu mendahulukan urusan agama daripada urusan peribadinya.


Sepertimana yang telah dilakukan Rasulullah s.aw. dan para sahabatnya ketika terpaksa meninggalkan kota makkah (tanah air), harta dan keluarganya untuk berhijrah ke madinah mencari redha Allah s.w.t.


Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Ingatlah, kamu adalah orang-orang yang diajak untuk membelanjakan ( harta ) di jalan Allah, tetapi di antara kamu ada yang bakhil, padahal sesiapa yang bakhil maka tidaklah dia bakhil kecuali terhadap dirinya sendiri, sedangkan Allah itu tidak perlu ( kepada kamu ) tetapi kamulah yang berhajat ( kepada-Nya) dan jika kamu berpaling pasti Allah akan gantikan dengan satu kaum lain yang tidak seperti kamu”


Bahkan beruntung sekali mereka-mereka yang sanggup berkorban masa, tenaga, harta dan jiwa raganya di jalan Allah s.w.t turut ditimpakan dengan pelbagai ujian dan dugaan. Malah mereka pula tidak merasa gentar walaupun sedikit atas ujian yang diberikan itu..masYaAllah..


Sheikh Ahmed Yassin..Syahidmu menguatkan semangat kami..


Setiap yang beriman pasti diuji..tidakkah kita merenungkan firman Allah s.w.t yang bermaksud:


“ apakah manusia itu mengira ( bahawa ) mereka akan ditinggalkan berkata yang aku telah beriman, sedangkan mereka belum diuji?”

Beringatlah kita wahai pejuang-pejuang agama..islam tidak datang dengan mudah!!perjuangan memerlukan halangan..dan halangan itu perlu kita hadapi dengan ketenangan serta kesabaran..


Firman Allah s.w.t lagi yang bermaksud:

“ Dan memintalah (kamu) pertolongan dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, sesungguhnya Allah itu berserta orang-orang yang sabar”


Sebagai salah seorang yang berkhidmat di PASTI Darul Ulum, saya merasa sangat beruntung kerana dapat mencurahkan khidmat walaupun dalam tempoh yang terlalu singkat, serta bersama-sama dengan barisan tenaga pengajar dan yang paling penting tulang belakang PASTI Darul Ulum yang tidak pernah mengharapkan pujaan atau pujian atas bakti yang mereka curahkan buat PASTI Darul Ulum khususnya dan penduduk Kinabatangan amnya..


Saya berharap tekanan-tekanan daripada pihak luar serta tohmahan yang dilemparkan tidak akan mengugat dan mengoyahkan semangat kalian dalam perjuangan ini..


Ingatlah bahawa ujian itu tanda kasih Allah s.w.t kepada hambaNya..maka, bersyukurlah kalian..


Moga segala pengorbanan yang telah kalian lakukan akan dibalas dan diberi ganjaran yang tinggi daripada Allah s.w.t.


Moga kalian thabat dalam perjuangan ini..Amin..


“Bila kamu menolong agama Allah, maka ( Allah ) juga akan menolong ( dalam urusan ) kamu..”


Takbir!! Allahu.....Akhbar!!siiru a’la barakatillah..


PASTI Darul Ulum Berubah Wajah

Kita yang selalu mahukan perubahan. Perubahan ke arah yang lebih baik, pastinya akan sentiasa berusaha untuk melipatkan gandakan usaha. Apa lagi usaha ke arah membangunkan syiar Islam. Begitulah juga PASTI Darul Ulum, Kinabatangan, wajah dan keluasannya semakin bertambah. Ianya dibangunkan dengan kombinasi warga Kinabatangan dan juga para dermawan yang bermurah hati, yang datang dari seluruh pelosok bumi Allah. Itulah indahnya syiar dan perjuangan Islam, itulah kukuhnya nilai persaudaraan yang dibina baginda Rasulullah SAW.

Sikap pertanggungjawaban terhadap pendidikan Islam khususnya di bumi Sabah yang masih kering tandus dengan didikan dan ruh Islam. Sekalipun, kita gagal untuk menandingi suburnya pertumbuhan kelab karoke, kelab Malam dan majlis-majlis lara Araimaiti, kita tetap berusaha untuk menjadi penawar luka umat. Penawar itu, hanyalah dengan mendidik anak-anak kecil yang ibubapa mereka berhajatkan kepada penerapan nilai Islam dalm jiwa - jiwa anak-anak mereka. Paling tidak, anak-anak inilah yang menjadi sandaran untuk mendoakan keselamatan dan kesejahteraan ibubapa mereka di usia emas atau sesudah mereka tidur bertilamkan tanah dan bertemankan cacing-cacing.

PASTI adalah dalam daya upaya kita untuk membantu masyarakat dan menambahkan kebajikan kita. Sumbangan wang ringgit dan juga perahan keringkat gotong royong adalah saksi di akhirat kelak bahawasanya aku telah melaksanakan amanah Allah kepadaku, sekalipun apa sangatlah jasa ini, jika dibandingkan dengan nikmat Allah kepada kita yang tidak terhintung banyaknya.

Kami mengucapkan terima kasih kepada semua penderma dan penyumbang serta mereka yang telah memberi khidmat dalam menjaya pembinaan PASTI ini. Mudah-mudahan Allah memberkati dan menambahkan rezeki kalian. Apapun PASTI ini belum siap sepenuhnya. Sumbangan masih boleh terus dihulurkan. InsyaAllah, dalam posting yang akan datang penulis akan menyiarkan gambar peuh PASTI yang hampir siap.
membersih kawasan untuk supaya lebih bersih dan kelihatan cantikPapan dan simen bersedia untuk dijadikan binaan
Ini bukan tukang rumah yang original, hanya tunjuk pandai, harap-harap menjadi
meleleh juga peluh, maklumlah lama dah tak buat kerja berat
tidak runtuh juga bata ini. Masih teguh hingga sekarang
menyiapkan ruang pentas merangkap pejabat PASTI

Monday, May 11, 2009

Selamat Hari Ibu dan Ingat Jerih Payah Ibu


Click Me!


Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)


Bila dahaga, yang susukan aku....
mak Click Me!
Bila lapar, yang suapkan aku....
mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....
Mak Click Me!
Click Me!Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....
mak
Bila nak bermanja, aku dekati....
mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak Click Me!
Click Me!Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....
mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak
Bila takut, yang tenangkan aku....
mak Click Me!
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
mak
Aku selalu teringatkan ....
mak
Bila sedih, aku mesti talipon....
mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... .
mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak
Bila takut, aku selalu panggil...
"mmaaakkkk! " Click Me!
Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak
Bila ada masalah, yang paling risau....
mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ...
mak Click Me!
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
mak
Click Me!Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku....
mak Click  Me!
Yang selalu nasihat aku....
mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
mak

Click Me!Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Click Me!
Bila sedih, aku cari....
mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....
mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Click Me!
Bila berduka, aku peluk erat....
emakku

Click Me!Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Click Me!
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Click Me!Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Click Me!

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon
mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......


Tapi kalau mak sudah tiada.....
.....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....


Click Me!


Berapa ramai yang sanggup
menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup
mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup
mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup
membersihkan najis ibunya...... .
berapa ramai yang sanggup
membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.

1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
2-4 orang : Kamu sayang ibumu
5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu




Monday, May 4, 2009

Ketua Pemuda Lawat Tapak PASTI

Ketua Pemuda PAS yang bakal menamatkan perkhidmatan pada awal JUN ini dalam kepimpinan Pemuda masih berkesempatan melawat 2 tapak PASTI yang bakal dibuka di Kawasan Kinabatangan. Kedua-dua PASTI dijangka beroperasi pada JUN tahun ini.

meninjau kawasan PASTI Kg Sentosa yang masih dhaif

Ust Anwar yang menemani Exco Pemuda PAS Pusat Dr Rosli Elani dalam rangka kerja melawat DUN Sukau yang mana menyaksikan pertandingan sengit 8 penjuru dalam pilihanraya MAC 2008. Dalam pilihanraya tersebut calon PAS Sdr Imran Ibrahim tewas teruk dengan mendapat 78 undi sekaligus hilang wang pertaruhan. Menyedari akan sambutan masyarakat yang masih mengutamakan persamaan darah atau hubungan kekeluargaan dalam memberi undi dalam memilih kepimpinan, maka pendidikan agama dan roh Islamiah perlu ditiupkan dalam setiap jiwa masyarakat. PASTI adalah salah satu usaha membina generasi Al-Quran.
Dr Rosli bersama Pak Cik Safari ( T-shirt berlogo PAS) yang baru menyerahkan borang menyertai PAS.

Perjalanan seterusnya menuju ke tapak PASTI Sukau yang terletak lebih kurang 40 kilometer dari Kg Sentosa, atau 50 kilometer dari pekan Kinabatangan. Bangunan juga separuh siap dan masih dalam proses menyiapkan. kekangan kewangan masih menjadi masalah kepada pihak pengurusan PASTI Kinabatangan dalam menyiapkan 2 buah PASTI tersebut. Tambahan pula PASTI induk yang terletak di pekan Kinabatangan belum dapat disiapkan sepenuhnya setelah ianya dibesarkan untuk menampung peserta muktamar pemuda negeri Sabah.
Bangunan asal dibongkar untuk dijadikan PASTI

Ketua Pemuda Negeri sabah berazam untuk sama-sama membantu kedua-dua PASTI tersebut dengan harapan kedua-dua PASTI tersebut dapat memulakan sesi pengajian sepertimana yang dirancang. Beliau menyeru ahli jemaah memberi komitmen dan pergorbanan dalam memastikan kelangsungan tarbiyyah Islamiah ini.

Buat masa ini, guru PASTI yang bakal beroperasi di PASTI-PASTI ini sedang menjalani latihan di PASTI Darul Ulum Kinabatangan.