Thursday, March 19, 2009

Program Wakaf Menyiapkan PASTI Darul Ulum

Kami bagi pihak pengurusan PASTI Darul Ulum Kinabatangan menjemput tuan/puan yang dermawan untuk sama-sama membantu jemaah Kinabatangan dalam usaha menyiapkan Binaan Tambahan PASTI Darul Ulum. Usaha ini perlu disegerakan kerana kami bakal menerima tetamu dari seluruh Sabah pada Awal MEI ini.

Antara tambahan yang perlu sumbangan tuan/puan ialah

1. Tambahan berkeluasan 20X30 dan

Tempat ini akan digunakan untuk kelas PASTI dan Kuliah Bulanan ahli usrah serta aktiviti kemasyarakatan dan keilmuan

2. Rumah tetamu berukuran 20X 15.

-melihat kepada kepayahan bila tetamu atau pimpinan kita turun ke kawasan dan tidak ada penginapan. Harapan dengan adanya pondok pasti ini akan menjadi tempat persinggahan tetamu dan ahli jemaah.

Sehubungan dengan itu , untuk peringkat ini, kami membuka wakaf kepada para sahabat untuk membeli dan mewakafkan kepada kami. Wakafnya adalah seperti berikut:

Bil

Bahan

Harga seunit

Unit Di perlukan

1

Satu beg Simen dan 50 biji bata

RM50.00

30 beg simen 1000 bata

2

Satu Ela Pasir (siap dengan angkut)

RM50.00

12 ela

3

Batu (Siap dengan angkut)

RM50.00

6 ela

4

8 batang Kayu

RM100.00


5

5 keping Atap

RM100.00

36

6

10 keping Papan dinding

RM100.00


7

8 keping papan lantai

RM100.00


· Perkara 1 hingga 3 adalah untuk menyiapkan lantai binaan tambahan

Kepada yang bersedia untuk untuk mewakafkan harta tuan/puan, boleh sumbangkan melalui Akaun Maybank Ust Zaidi Mustafa 114348082551 (PASTI Kinabatangan belum mempunyai akaun). Tolong inform melalui talian 019-5850151 setelah tuan/puan menyalurkan sumbangan

Sunday, March 15, 2009

Gambar Masjid Untuk Program Khidmat Yayasan Amal

becak dan berair
cadangan untuk buat pintu bagi memudahkan ke tapak pondok
Tangki air yang tidak berair
pandangan dari luar
cadangan untuk jadikan bilik mandi untuk musafir

syiling yang rosak
tiada air
tandas dan kepala paip yang rosak
semuanya tidak berguna untuk wuduk
juga tidak boleh digunakan
cadangan untuk buat atap dihadapan dengan keluarasan 20X 30
satu-satunya tangki air yang berair seminggu sekali
cadangan untuk buat sutuh hadapan. juga 20x 30
Pagar yang rosak dan becak
Kawasan pintu masuk masjid yang selalu berair
Pandangan dari jalan raya. Becak. Gambar diambil musim kering

Pandangan dari sisi




PASTI Kinabatangan Bakal Bertambah

Sambutan dan keyakinan masyarakat terhadap sistem pendidikan berteraskan Islam khususnya PASTI semakin meningkat. Ini berikutan kejayaan PASTI melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dari segi akedemik dan sahsiah.

Suatu ketika dahulu di Kinabatangan, pendidikan yang berbayar setiap bulan seperti yang diamalkan PASTI agak ganjil kerana masyarakat biasa dihidangkan dengan pendidikan percuma malah pihak pengendali pula yang membayar kepada ibubapa pelajar dalam bentuk subsidi dan insentif. Sekarang pemikiran masyarakat sudah berubah. Mereka sanggup berkorban untuk mendapat pendidikan terbaik untuk anak-anak mereka. Selain PASTI yang terus mendapat sambutan, kelas-kelas Tuisyen, kelas Mengaji dan Bahasa Arab juga semakin mendapat sambutan.

PASTI Darul Ulum yang merupakan PASTI pertama di Kinabatangan telah diwajahkan dengan kolam ilmu sesuai dengan namanya bakal berkembang ke kampung-kampung lain di daerah Kinabatangan. Permintaan masyarakat semakin tinggi dan mendesak, cuma pihak pengurusan masih memerlukan masa untuk mengurus keperluan-keperluan tertentu. Setakat ini 2 PASTI Baru bakal dibuka di Sukau dan Sentosa Jaya.InsyaAllah, sesi pembelajaran akan dimulakan Jun ini.

Kami memerlukan sokongan dan dokongan ahli jemaah untuk sama-sama mendoakan usaha ini berjaya dan kami dapat melepasi halangan-halangan yang yang bakal dan sedia ada.