Wednesday, October 22, 2008

Majlis Konvokasyen PASTI Bahagian Sandakan

Tahun pengajian sudah berada di penghujung. Peperiksaan Akhir Tahun yang menggunakan soalan peringkat kebangsaan telah siap dijalankan. Markah dan keputusan keseluruhan telah siap disediakan oleh para guru. sehubungan dengan itu, majlis penganugerahan ijazah pengajian dan hadiah pelajar cemerlang akan diadakan seperti berikut:

Masa : 8.00 pagi

Tarikh : 2 November 2008

Tempat : Hotel Sabah, Sandakan

Pakaian : Pakaian PASTI

Kepada ibubapa dan para penjaga kanak-kanak berumur 6 tahun serta pelajar yang mendapat tempat pertama hingga ketiga, dijemput ke sana. Harapan kami ,ibubapa dapat datang awal supaya dapat memudahkan pengurusan pihak PASTI Bahagian Sandakan.

Pihak PASTI juga akan mengistiharkan dan menganugerahkan anugerah Ibubapa Prihatin bagi setiap PASTI.Anugerah yang bertujuan mengiktiraf sumbangan ibubapa tertentu di dalam membantu memajukan institusi PASTI sebagai Pra sekolah yang berteraskan Islam.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan gambar konvokasyen anak-anak mereka, sila berdaftar dan membuat bayaran kepada guru-guru PASTI.

Tahniah kepada pelajar dan ibubapa yang cemerlang. Semoga anda terus berusaha,dengan harapan tunas-tunas Islam ini akan terus subur dan mendaulatkan Islam sebagai "The Way of life". Selamat berkonvokasyen.

No comments: