Monday, August 24, 2009

Hantarlah anak-anak Anda Ke PASTI

Pendidikan yang berteraskan Al-Quran dan sunnah yang mengsasarkan Pendidikan Islam menjadi teras dalam pendidikan awal kanak-kanak. Inilah antara usaha yang dilakukan oleh pendokong-pendokong Islam dalam membantu kerajaan memajukan pendidikan Islam dan membina sahsiah kanak-kanak. Apa lagi ulama menegaskan pendidikan awal kanak-kanak bagaikan mengukit ukiran di batu.

PASTI sebuah institusi pendidikan yang dibina atas insiatif pendokong dan pengerak Islam dengan keringat dan wang saku pendokong Islam. Saksikanlah :



Friday, August 14, 2009

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Penyakit yang menjadi bala kepada kita hari ini semakin mengancam. Beberapa langkah telah dicadangkan oleh pihak Kerajaan tetapi H1N1 terus membunuh. Apa lagi beberapa cadangan dan langkah itu melibatkan kos. Penutup muka umpamanya berharga RM1.50 satu untuk dipakai sehari. Bayangkanlah sekiranya satu keluarga mempunyai 10 orang ahli, ini bermakna keluarga tersebut terpaksa membelanjakan RM15.00 sehari. Ini sudah melebih perbelanjaan sehari bagi keluarga miskin. Duit saku yang pelajar bawa ke sekolah hanya RM1.00, RM2.00 tambang ke sekolah dan RM1.50 untuk penutup muka. RM4.50 sehari untuk seorang anak. Beban memang membebankan. Ini tidak lagi di ambil kira faktor-faktor lain.

Justeru itu, marilah kita kembali kepada Allah. Kita berikthiar sebaik mungkin, kita berdoa sekusyuk mungkin. Semoga Allah membantu kita. Baca dan amalkanlah doa ini:

tolakbala

Ya Allah, hindarkanlah kami daripada kenaikan harga barang-barang yang terlalu mahal, dan juga (jauhilah kami) daripada wabak penyakit dan taun dan segala kekejian dan kemungkaran, kezaliman peperangan yang pelbagai cara, dan juga segala cubaan, dugaan ataupun kekeliruan sama ada yang terang ataupun secara tersembunyi. Ya Allah, Selamatkanlah kami daripada segala bala bencana di dunia dan azab di akhirat, dan juga kejahatan di dunia dan kejahatan di akhirat, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu, dan Maha Penerima segala permintaan.

Thursday, August 13, 2009

Wajib baca ! Elakkkan bencana ! H1N1

Flu_und_legende_color_c

Apa itu H1N1?

viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam ‘host’ yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi ‘air born’ dan menjangkit dr manusia kpd manusia.

jangka hayat virus

Oleh kerana ia adalah viurs yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.

Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik….akan ‘bersih’ dr virus tersebut.

Apa yg perlu tahu ?

Asal virus ini

Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu ‘baling batu sembunyi tangan’ lalu tercetus la outbrake di mexico.

virologi virus H1N1

incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 – 4 hari
ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit
pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4
H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

cara serangan

virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan
virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS)
peringkat awal, ia hanya pada ‘trakea’ jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat ‘lung collapse’
ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi

siapa yang berisiko
1.orang yg ada masaalah ‘obesiti’ @ gemok
2. perempuan yg mengandung
3 .orang yg ada astmatic
4 . orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani ‘operation yg besar’, kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)
* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas

simptom2

day 1 – rasa kurang sihat, tak bermaya
day 2 – selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam)
day 3 – rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
day 4 – sakit dada yg teruk……..jumpa doktor dengan segera…….

day 5 and above lung collapse @ koma

langkah2 kawalan
1 – golongan2 yg berisiko, elakakn drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)

2 – menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran

3 – elakkan diri jika terdapat ‘orang batuk, bersin dan kurang sihat’

4 – jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan)

5 – jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai ‘mask’ (sekurang2 nya 3 ply mask)

6 – utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.

7 – jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan

8 – jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk ‘checkup’ kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.

9 – tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!!!!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal.

10 – vaksin hanya akan ‘wujud’ seawal2nya pada oktober dan hanya utk ‘frontliner’ shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010.

11 utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia. mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.

12 – tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbreak ini. sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.
Amin.

Ini adalah sumber dr taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dr kem. kesihatan m’sia di Pan Pacific KLIA pada 01.08.2009.

Friday, August 7, 2009

PENDAFTARAN BARU SESI 2010 : PASTI Kinabatangan



PENDAFTARAN murid baru PASTI bagi tahun 2010 sudahpun dibuka di seluruh negeri Sabah khususnys di Kinabatangan. Sehubungan itu, ibu bapa/penjaga/waris adalah dipelawa dan dialu-alukan untuk mendaftarkan anak/jagaan masing-masing. Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada PASTI cawangan yang terdekat..

ATAU hadir sendiri ke pejabat PASTI negeri :-

1) PASTI Darul Ulum,

Batu 09, Taman Setia

WDR 211, 90200 Kota Kinabatangan,

Sabah

http://pastikinabatangan.blogspot.com

email: pastikinabatangan@yahoo.com


Hubungi :

Ust zaidi (019-5850151)
Ust Naim (013-9825701)



2) PASTI Darul Hikmah,

Kampung Sentosa Jaya, Jalan Lahad Datu

WDR 211, 90200 Kota Kinabatangan,

Sabah

Hubungi : Ust Hamdani (014-5718139)
Ustzh Juliana (019-8320136



3) PASTI Darul Anuar,

Kedai Anis, Batu 04,Jalan Sukau

WDR 211, 90200 Kota Kinabatangan,

Sabah


Hubungi :

Cikgu Ghazali (019-2383157)
En Anis (013-5558381)'


Daftarlah sekarang. Tempat adalah terhad. Sumbanglah anak anda dengan pendidikan Islam