Thursday, November 27, 2008

Hukuman Dunia: Ibu Ayam Di Denda 10 bulan penjara dan denda RM5,000

Hukuman penjara dan denda ke atas Haslinda Merican dikekalkan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen hukuman 10 bulan penjara dan denda RM5,000 terhadap pengeluar produksi dan bekas konsultan kewangan kerana bertindak sebagai orang tengah bagi empat orang adik-beradik untuk tujuan pelacuran pada 1995.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan bahawa tidak ada arahan salah bagi mahkamah rendah dan menambah beliau tidak campur tangan dalam kesabitan dan hukuman.

Haslinda Merican M.A. Merican, 43, dan Mohamad Amin Jamadi, 40, didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen pada 10 Okt, 2000 kerana kesalahan di lobi Ming Court, Jalan Ampang, di sini, antara 8 malam dan 10.30 malam pada Jun 1995.

Haslinda dan Mohamad Amin dituduh di bawah Seksyen 16(1) Akta Perlindungan Wanita dan Remaja Perempuan 1973 yang membawa hukuman maksimum lima tahun penjara atau kedua-dua, jika sabit kesalahan.

Semasa perbicaraan nama artis-artis itu berumur 18 dan 35 tahun tidak dinyatakan berikutan arahan mahkamah.

Mohamad Zabidin juga menolak rayuan balas oleh pihak pendakwaan.

Bagaimanapun, beliau membenarkan permohonan peguam perayu Gurbachan Singh untuk menangguhkan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan dan melanjutkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap orang.

* Hukuman Dunia boleh terlepas. Hukum Allah menanti dengan azab yang lebih pedih. Artis yang melacur itu juga patut di hukum. Kenapa artis itu disembunyi???


Wednesday, November 26, 2008

Pilih PASTI Untuk Anak Kita

Saya ingin memetik apa yang diucapkan oleh Al Fadhil Ustaz Nik Abduh dalam ucapannya dalam Majlis Makan Malam Dana PASTI. Antara yang disebutkan ialah ;

PERLUNYA KEMBALI KEPADA FITRAH

Firman Allah SWT :

“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang Telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. tidak ada peubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui” [1168], surah ar Ruum : 30

[1168] fitrah Allah: maksudnya ciptaan Allah. Manusia diciptakan Allah mempunyai naluri beragama yaitu agama tauhid. kalau ada manusia tidak beragama tauhid, Maka hal itu tidaklah wajar. mereka tidak beragama tauhid itu hanyalah lantara pengaruh lingkungan.

Ayat inilah yang dijadikan muqaddimah ucapan beliau. Menjadi satu persoalan besar kenapa sebuah parti politik seumpama PAS tiba-tiba membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah institusi pendidikan yang bernama Pusat Asuhan Tunas Islam atau singkatannya PASTI. Pada ayat inilah titik tolaknya. Kerana kata beliau, hanya hati yang mempunyai fitrah yang bersih sahaja akan menerima Islam, mencintai Islam dan menerima perjuangan Islam. PASTI mempunyai 60 ribu pelajar di seluruh Malaysia. Di sinilah fitrah beragama disemai, dibaja dan disuburkan di dalam jiwa anak-anak PASTI.

TANGGUNGJAWAB

Menjadi amanah dan tanggungjawab besar ibubapa mendidikk dan menyuburkan fitrah Islam di dalam jiwa anak-anak. Ramai ibu bapa yang mengabaikan perkara ini. Jiwa beragama dan bertuhan harus dipupuk dalam jiwa anak-anak. Mereka harus membesar dalam suasana kecintaan kepada Allah. Mereka mesti dibesarkan dalam keadaan mengenal Allah SWT. Mereka mesti dihidupkan untuk Allah SWT. Inilah fitrah!.

Sabda Rasulillah SAW;

“ Setiap anak yang dilahirkan adalah lahir dalam keadaan fitrah. Maka ibubapanyalah yang bertanggungjawab menyahudikannya atau menjadikan ia nasrani atau menjadikan ia majusi”

Kata Ustaz Nik Abduh, “Saya akan berbangga jika anak saya hanya dapat 1 A dalam UPSR, tak dapat 5 A pun tak mengapa”. 1 A yang dimaksudkan beliau ialah A dalam beragama dan Al Quran. Berbangga dengan anak yang dapat khatam Al Quran pada usia 12 tahun. Ramai pula yang berbangga dengan pencapaian 5 A di usia 12 tahun sedangkan agamanya dan kemahiran AL Qurannya E.

Demikianlah tujuan PASTI ditubuhkan oleh PAS. Kerana cinta Allah dan kenal Allah dalam sistem pendidikan negara telah diabaikan. Demi mendidik jiwa fitrah. SOKONG PASTI !Hantarlah Anak Ke PASTI berdekatan
Sumber dari: http://jihadtegakislam.blogspot.com


Sunday, November 23, 2008

Makan telur tingkat risiko diabetes

Wanita alami kesan lebih serius

WASHINGTON: Sekumpulan saintis Amerika Syarikat mendakwa amalan memakan sebiji telur sehari boleh meningkatkan risiko penyakit diabetes atau kencing manis sebanyak 60 peratus.

Malah, bagi wanita, risikonya jauh lebih tinggi iaitu 77 peratus.Penyelidik Fakulti Perubatan Universiti Harvard dan Hospital Wanita Boston, juga memberi amaran, penghidap diabetes jenis kedua atau jenis yang dialami dewasa, boleh berdepan keadaan jauh lebih serius jika memakan beberapa biji telur sehari.

Mereka membuat kesimpulan itu berdasarkan kajian ke atas 57,000 wanita dan lelaki dalam tempoh 20 tahun.

"Tindakan memakan cuma sebiji telur dalam masa seminggu tidak memberi sebarang ancaman," kata hasil penyelidikan mereka yang disiarkan edisi terbaru jurnal Diabetes Care.

Sehubungan itu, doktor kini menggesa penghidap diabetes Jenis Kedua atau yang berisiko menghidapnya, mengehadkan pengambilan telur kepada cuma tiga biji seminggu.

"Jika masih ada yang berminat menjadikan telur sebagai makanan utama, pilihlah yang mempunyai kandungan Omega 3 lebih tinggi."

Biarpun menjadi sumber pelbagai sumber vitamin dan khasiat lain, telur juga mengandungi kolesterol yang tinggi dan lemak tidak tepu yang menjadi antara risiko diabetes Jenis Kedua.

Diabetes adalah penyakit yang mana paras glukos dalam darah terlalu tinggi disebabkan kegagalan badan menggunakannya.

Ada dua jenis diabetes iaitu Jenis Pertama membabitkan kegagalan badan menghasilkan sebarang insulin dan lazimnya berlaku sebelum individu berusia 40 tahun

Diabetes Jenis Kedua pula merujuk kepada masalah badan yang masih boleh menghasilkan insulin, tetapi tidak cukup.

Majoriti kes membabitkan mereka yang mengalami masalah berat badan lazimnya muncul ketika mereka berusia lebih 40 tahun. - Agensi

Thursday, November 20, 2008

FADHILAT SURAH AL-KAUTHAR

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim Bismillahirrahmanni rrahim"
Inna a 'taina ka-l-Kawthar
Fa salli li-Rabbi-ka wa-nhar
Inna shani' a-ka huwa-l-abtar


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. Kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'Allah hilang dahaga.

Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi..


Saturday, November 15, 2008

Konvokasyen pelajar PASTI

Biarpun sudah hampir 2 minggu berlalu, ana rasa masih tidak terlewat untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar PASTI Darul Ulum, Kinabatangan yang mendapat anugerah dan ijazah tamat pengajian mereka pada 5hb November 2008 di Sabah Hotel.

Seramai 14 orang pelajar menerima sijil konvokasyen mereka pada majlis tersebut. Anugerah tersebut disampaikan oleh Ustaz Mohd Anuar Ali, Ketua Pemuda PAS Sabah dengan diiringi En Izhar Hamka, Pengerusi PASTI Kawasan Sandakan. Selain dari itu,hadiah untuk tempat pertama,kedua dan ketiga turut disampaikan kepada pelajar Pra satu dan Pra dua. Bagi PASTI Darul Ulum, Pelajar yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga adalah seperti berikut:

Pra Satu
Tempat Pertama : Wan Syuqina Wan Sallehuddin
Tempat Kedua : Nurul Fatin Izzati Hamzah
Tempat Ketiga : Ahmad Nizam Syarif

Pra Dua
Tempat Pertama : Muhammad Izzat Waie bin Abdullah Firdaus
Tempat Kedua : Nurin Hazwani Muhammad
Tempat Ketiga : Nuradlina Adli

Tahniah kepada pelajar yang berjaya. Syabar kepada ibubapa yang memilih PASTI sebagai pendidikan awal kepada anak-anak mereka.

Kita doakan anak-anak Pra Dua yang akan melangkah ke Tahun Satu sekolah rendah atau berpindah ke Pra Sekolah, selamat maju jaya. Semoga anda berjaya.

Kita berkeyakinan produk keluaran PASTI berupaya menjadi pelajar yang cemerlang di sekolah rendah nanti. Paling tidak anak-anak ini akan menjadi imam-imam dalam kelas mereka untuk bacaan doa belajar.Kepada ibubapa, teruskan kesinambungan pendidikan Islam kerana awal agama itu adalah mengenal Allah. Anak yang soleh adalah harta yang tiada tolak bandingnya.

Usah dicemari anak-anak yang putih hatinya ini dengan pendidikan syaitan seperti melibatkan mereka dalam pasukan tarian sekolah dan sebagainya. Biar apapun kejayaan yang mereka ciptakan tetapi itu bererti kita telah menjerumuskan mereka ke lembah maksiat. Anak ini belum diberi dosa, tetapi alah bisa kerana biasa. Tepatlah sabda Rasulullah yang bermaksud: Setiap anak yang dilahirkan itu,lahir dalam keadaan fitrah, maka ibubapanyalah yang menjadikannya Yahudi,Nasrani atau Maujusi.