Biarpun sudah hampir 2 minggu berlalu, ana rasa masih tidak terlewat untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar PASTI Darul Ulum, Kinabatangan yang mendapat anugerah dan ijazah tamat pengajian mereka pada 5hb November 2008 di Sabah Hotel.
Seramai 14 orang pelajar menerima sijil konvokasyen mereka pada majlis tersebut. Anugerah tersebut disampaikan oleh Ustaz Mohd Anuar Ali, Ketua Pemuda PAS Sabah dengan diiringi En Izhar Hamka, Pengerusi PASTI Kawasan Sandakan. Selain dari itu,hadiah untuk tempat pertama,kedua dan ketiga turut disampaikan kepada pelajar Pra satu dan Pra dua. Bagi PASTI Darul Ulum, Pelajar yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga adalah seperti berikut:
Pra Satu
Tempat Pertama : Wan Syuqina Wan Sallehuddin
Tempat Kedua : Nurul Fatin Izzati Hamzah
Tempat Ketiga : Ahmad Nizam Syarif
Pra Dua
Tempat Pertama : Muhammad Izzat Waie bin Abdullah Firdaus
Tempat Kedua : Nurin Hazwani Muhammad
Tempat Ketiga : Nuradlina Adli
Tahniah kepada pelajar yang berjaya. Syabar kepada ibubapa yang memilih PASTI sebagai pendidikan awal kepada anak-anak mereka.
Kita doakan anak-anak Pra Dua yang akan melangkah ke Tahun Satu sekolah rendah atau berpindah ke Pra Sekolah, selamat maju jaya. Semoga anda berjaya.
Kita berkeyakinan produk keluaran PASTI berupaya menjadi pelajar yang cemerlang di sekolah rendah nanti. Paling tidak anak-anak ini akan menjadi imam-imam dalam kelas mereka untuk bacaan doa belajar.Kepada ibubapa, teruskan kesinambungan pendidikan Islam kerana awal agama itu adalah mengenal Allah. Anak yang soleh adalah harta yang tiada tolak bandingnya.
Usah dicemari anak-anak yang putih hatinya ini dengan pendidikan syaitan seperti melibatkan mereka dalam pasukan tarian sekolah dan sebagainya. Biar apapun kejayaan yang mereka ciptakan tetapi itu bererti kita telah menjerumuskan mereka ke lembah maksiat. Anak ini belum diberi dosa, tetapi alah bisa kerana biasa. Tepatlah sabda Rasulullah yang bermaksud: Setiap anak yang dilahirkan itu,lahir dalam keadaan fitrah, maka ibubapanyalah yang menjadikannya Yahudi,Nasrani atau Maujusi.
No comments:
Post a Comment