Thursday, November 27, 2008

Hukuman Dunia: Ibu Ayam Di Denda 10 bulan penjara dan denda RM5,000

Hukuman penjara dan denda ke atas Haslinda Merican dikekalkan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen hukuman 10 bulan penjara dan denda RM5,000 terhadap pengeluar produksi dan bekas konsultan kewangan kerana bertindak sebagai orang tengah bagi empat orang adik-beradik untuk tujuan pelacuran pada 1995.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan bahawa tidak ada arahan salah bagi mahkamah rendah dan menambah beliau tidak campur tangan dalam kesabitan dan hukuman.

Haslinda Merican M.A. Merican, 43, dan Mohamad Amin Jamadi, 40, didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen pada 10 Okt, 2000 kerana kesalahan di lobi Ming Court, Jalan Ampang, di sini, antara 8 malam dan 10.30 malam pada Jun 1995.

Haslinda dan Mohamad Amin dituduh di bawah Seksyen 16(1) Akta Perlindungan Wanita dan Remaja Perempuan 1973 yang membawa hukuman maksimum lima tahun penjara atau kedua-dua, jika sabit kesalahan.

Semasa perbicaraan nama artis-artis itu berumur 18 dan 35 tahun tidak dinyatakan berikutan arahan mahkamah.

Mohamad Zabidin juga menolak rayuan balas oleh pihak pendakwaan.

Bagaimanapun, beliau membenarkan permohonan peguam perayu Gurbachan Singh untuk menangguhkan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan dan melanjutkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap orang.

* Hukuman Dunia boleh terlepas. Hukum Allah menanti dengan azab yang lebih pedih. Artis yang melacur itu juga patut di hukum. Kenapa artis itu disembunyi???


No comments: