Impian untuk mendirikan sebuah pusat pendidikan Pra Sekolah yang berorientasikan agama sudah lama terpahat disanubari kami terutama dari kalangan guru- guru Pendidikan Islam daerah Kinabatangan. Malangnya impian ini sering dibayangi kebimbingan keupayaan mengurus dan sambutan dingin masyarakat sekitar. Apalagi sewa rumah atau bangunan di daerah ini cukup mahal disamping ketidaksediaan tuan rumah atau bangunan untuk membenarkan kami menjalankan aktiviti yang dianggap menokah arus ini.
Impian menjadi kenyataan bilamana Tuan tanah bersedia membenarkan tanahnya digunakan untuk mendirikan Pusat Pendidikan Pra sekolah. Setelah bersetuju untuk mendirikan Pusat Asuhan Tunas Islam [PASTI], derma wajib dan derma sunat dilancarkan. Banyak sumbangan diterima dari Semenanjung terutama daripada mereka yang faham tentang keperluan masyarakat
Bangunan yang dibina secara gotong royong akhirnya dapat beroperasi pada 01 MAC 2004 dengan jumlah 11 orang pelajar dan 2 orang guru. Jumlah pelajar meningkat sehingga 17 orang pada akhir 2004. Pada awal 2005, jumlah pelajar PASTI seramai 24 orang.
Bangunan PASTI ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Prof.Dato’ Dr. Haron Din [ Timbalan Mursyidul Am PAS Pusat] pada
Kita mengharapkan PASTI Darul Ulum terus mara walaupun menghadapi mehnah dan tribulasi. Kami yakin semuanya itu adalah untuk mematangkan pengurusan dan guru PASTI. Terima kasih kepada semua pihak yang menghulurkan sumbangan baik dari segi material dan tenaga. Penghargaan khusus kepada Tuan Hj Ismail Jusoh kerana menjadi penderma penjana pembinaan PASTI ini. Juga penghargaan buat Ust Ghazali Daud pengarah PASTI Negeri Sabah yang membantu pengisian. Semoga usaha kita hari ini dikira sebagai amal jariah yang mana PVnya akan dibayar oleh Allah dia akhirat kelak.
No comments:
Post a Comment