Sambutan dan keyakinan masyarakat terhadap sistem pendidikan berteraskan Islam khususnya PASTI semakin meningkat. Ini berikutan kejayaan PASTI melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dari segi akedemik dan sahsiah.
Suatu ketika dahulu di Kinabatangan, pendidikan yang berbayar setiap bulan seperti yang diamalkan PASTI agak ganjil kerana masyarakat biasa dihidangkan dengan pendidikan percuma malah pihak pengendali pula yang membayar kepada ibubapa pelajar dalam bentuk subsidi dan insentif. Sekarang pemikiran masyarakat sudah berubah. Mereka sanggup berkorban untuk mendapat pendidikan terbaik untuk anak-anak mereka. Selain PASTI yang terus mendapat sambutan, kelas-kelas Tuisyen, kelas Mengaji dan Bahasa Arab juga semakin mendapat sambutan.
PASTI Darul Ulum yang merupakan PASTI pertama di Kinabatangan telah diwajahkan dengan kolam ilmu sesuai dengan namanya bakal berkembang ke kampung-kampung lain di daerah Kinabatangan. Permintaan masyarakat semakin tinggi dan mendesak, cuma pihak pengurusan masih memerlukan masa untuk mengurus keperluan-keperluan tertentu. Setakat ini 2 PASTI Baru bakal dibuka di Sukau dan Sentosa Jaya.InsyaAllah, sesi pembelajaran akan dimulakan Jun ini.
Kami memerlukan sokongan dan dokongan ahli jemaah untuk sama-sama mendoakan usaha ini berjaya dan kami dapat melepasi halangan-halangan yang yang bakal dan sedia ada.
SABAH PAS DEMANDS BUILDING FOR SYARIAH COURT
9 years ago
No comments:
Post a Comment