Ingin saya dedikasikan buat tenaga pengajar PASTI dan seluruh tenaga yang menggerakkan PASTI...
Antara calon-calon yang dijanjikan syurga..
Sanggup berkorban harta dan jiwa di jalan Allah s.w.t
Benarlah firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang beriman itu harta mereka dan jiwa mereka kerana bagi mereka (balasan) syurga..”
Orang-orang beriman yang telah menjual dirinya kepada Allah s.w.t tidak akan pernah mengeluh dan selalu siap untuk memberikan masa, tenaga, harta dan jiwanya pada jalan Allah s.w.t
Buktinya, dia akan selalu mendahulukan
Sepertimana yang telah dilakukan Rasulullah s.aw. dan para sahabatnya ketika terpaksa meninggalkan
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Ingatlah, kamu adalah orang-orang yang diajak untuk membelanjakan ( harta ) di jalan Allah, tetapi di antara kamu ada yang bakhil, padahal sesiapa yang bakhil maka tidaklah dia bakhil kecuali terhadap dirinya sendiri, sedangkan Allah itu tidak perlu ( kepada kamu ) tetapi kamulah yang berhajat ( kepada-Nya) dan jika kamu berpaling pasti Allah akan gantikan dengan satu kaum lain yang tidak seperti kamu”
Bahkan beruntung sekali mereka-mereka yang sanggup berkorban masa, tenaga, harta dan jiwa raganya di jalan Allah s.w.t turut ditimpakan dengan pelbagai ujian dan dugaan. Malah mereka pula tidak merasa gentar walaupun sedikit atas ujian yang diberikan itu..masYaAllah..
Sheikh Ahmed Yassin..Syahidmu menguatkan semangat kami..
Setiap yang beriman pasti diuji..tidakkah kita merenungkan firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“ apakah manusia itu mengira ( bahawa ) mereka akan ditinggalkan berkata yang aku telah beriman, sedangkan mereka belum diuji?”
Beringatlah kita wahai pejuang-pejuang agama..islam tidak datang dengan mudah!!perjuangan memerlukan halangan..dan halangan itu perlu kita hadapi dengan ketenangan serta kesabaran..
Firman Allah s.w.t lagi yang bermaksud:
“ Dan memintalah (kamu) pertolongan dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, sesungguhnya Allah itu berserta orang-orang yang sabar”
Sebagai salah seorang yang berkhidmat di PASTI Darul Ulum, saya merasa sangat beruntung kerana dapat mencurahkan khidmat walaupun dalam tempoh yang terlalu singkat, serta bersama-sama dengan barisan tenaga pengajar dan yang paling penting
Saya berharap tekanan-tekanan daripada pihak luar serta tohmahan yang dilemparkan tidak akan mengugat dan mengoyahkan semangat kalian dalam perjuangan ini..
Ingatlah bahawa ujian itu tanda kasih Allah s.w.t kepada hambaNya..maka, bersyukurlah kalian..
Moga segala pengorbanan yang telah kalian lakukan akan dibalas dan diberi ganjaran yang tinggi daripada Allah s.w.t.
Moga kalian thabat dalam perjuangan ini..Amin..
“Bila kamu menolong agama Allah, maka ( Allah ) juga akan menolong ( dalam urusan ) kamu..”
Takbir!! Allahu.....Akhbar!!siiru a’la barakatillah..
No comments:
Post a Comment