KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN
Setiap umat islam yang mengaku beriman kepada Allah s.w.t digalakkan untuk mempelajari al-quran, kerana dengan membaca dan menghayati al-quran seseorang itu dapat mengenali penciptanya dan mengetahui hukum hakam dalam agamanya. Sesungguhnya mempelajari al-quran sangatlah digalakkan di dalam islam dan membacanya mendapat ganjaran yang besar dari Allah s.w.t.
Diriwayatkan daripada hadis Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Orang yang pandai membaca Al-Quran itu akan bersama para Rasul yang mulia. Adapun orang yang lemah dan terlekat-lekat ketika membaca Al-Quran dan dia memang berkeinginan untuk membaca Al-Quran, maka dia berhak mendapat dua pahala.”
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1329
Selain itu, al-quran juga dikatakan sebagai pengubat dan penawar hati, Allah s.w.t. berfirman : Ertinya : “Dan Kami turunkan dari Al-Qur’an itu sesuatu yang menjadi ubat (penawar hati) bagi orang-orang yang beriman”. (Q.S. Al-Isra’, ayat 82)
Suatu hari, seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud dan menceritakan bahawa ia sedang dilanda risau, runsing, hatinya gelisah dan tidak tenteram. Ibnu Masiud menyarankan kepada orang itu agar mendatangi tiga tempat untuk menemukan ubatnya.
Pertama, tempat orang membaca Al-Qur’an dengan memperhatikan dan mendengar-kan baik-baik atau ia membaca sendiri Al-Qur’an itu dengan baik dan tartil.
Kedua, agar mendatangi majlis ta’lim atau tempat-tempat orang yang sedang menuntut ilmu, mendengarkan syarahan, bermesyuarat dan lain-lain.
Ketiga, agar datang ke tempat-tempat yang sunyi. Di sana ia dapat menyendiri dengan beribadah & dapat merasakan manisnya mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Nasihat itu diikutinya.
Serta-merta ia berwuduk dengan baik lalu mengambil Al-Qur’an dan dibacanya dengan khusyuk dan tawaduk. Tiada berapa lama kemudian, hatinya yang runsing dan gelisah itu telah berubah menjadi tenang dan tenteram. Hilang segala rasa gundah dan gelisah.
Maka benarlah bahawa ubat hati itu ada lima perkara iaitu membaca Al-Qur’an dengan kefahaman, mendekati orang soleh, bangun malam untuk beribadah, mengurangkan makan dan menghadiri majlis ilmu.
Jadikan al-quran penghibur jiwa kita.......
SABAH PAS DEMANDS BUILDING FOR SYARIAH COURT
9 years ago
No comments:
Post a Comment