Saturday, April 4, 2009

PASTI Kinabatangan Anjur Program Kacau Bubur Asyura

Birapun bulan Muharam sudah berakhir, namun semangat dan kesungguhan warga PASTI Kinabatangan untuk menjayakan program Mengacau Bubur Asyura bakal terlaksana.

Cuti hujung minggu sehari bakal digunakan sebagai hari mengukuhkan tautan ukhwah warga Kinabatangan melalui program yang diharapkan dapat mengembeling semangat kerjasama dan memupuk amalan bersedekah dikalangan warga Kinabatangan.

Berbekal 2 kawah yang baru dibeli melalui sumbangan ahli usrah bakal menghidangkan bubur Asyura 2 negeri iaitu Bubur Asyura versi kelantan dan Versi Kedah. Ust Muhammad dan Ust Fuad mewakili negeri masing-masing sebagai jurumudi bubur Asyura.

Menurut pengarah program YM Raja Hasyim Raja Abdullah, program bubur asyura yang telah sekian lama dilupakan oleh warga perantau Kinabatangan ini bakal mengcungkil kembali nilai dan khazanah berharga generasi terdahulu. Beliau mengharapkan usaha sebegini dapat menautkankan hubungan generasi baru dan lama yang dipisahkan oleh laut Cina Selatan. Dengan adanya program sebegini, warga perantau khususnya akan berhubung dan belajar dengan ibubapa di kampung halaman untuk mengorek ilmu dan rahsia masakan mereka. Disamping itu, perkongsian budaya antara Malaysia Timur dan barat dapat direalisasikan.

Program ini sedikit sebanyak dapat memasyarakatkan dan mempromosikan PASTI sebagai medan pembinaan generasi Rabbani yang sentiasa prihatin dengan keperluan sosial masyarakat.

Majlis ini juga, dijangkan akan dihadiri oleh Ahli Lembaga PASTI Pusat dan Warga Sandakan. Kami mengucapkan selamat datang kepada semua.


No comments: